Friday, December 30, 2011

Jom Jahit Kylie dress bersama Lily- part 2

Salam,
Hmmm lama jugak ye tergendala projek yang satu ni. Partly sebab sibuk kerja gara2 ramai yang nak bercuti krismas. So minggu ni ada ruang sikit.

Ok, mari kita sambung lagi. Lily just follow instruction yang di bagi kat pattern tu. Ni cara nak buat skirt. But to make it simple, Lily jahit bahagian skirt jadi bentuk silinder macam tu. Pastu kat bahagian atas, buat bukaan sikit. Mcm gambar kat bawah ni:





Now, back to bodice dia. Again ikut jer instruction kat pattern tu. Jahit keliling & terbalikkan.




Lepas dah di terbalikkan patut jadi macam dlm gambar kat bawah ni. Tadaaaa, dah siap dah bodice.
Kalau rajin kan, top stitch keliling bodice.

Wednesday, December 14, 2011

Jom jahit Kylie Dress Bersama Lily - Part 1

Salam,
Post kali ni Lily nak menjahit Kylie Dress. Sewing patternnya boleh didapati dari SewSweet Pattern di Etsy. Tapi kalau kengkawan perlukan bantuan atau nak mintak Lily tolong belikan pun boleh. Lily sedia membantu. ^_^

Ok, untuk jahit Kylie dress kita boleh guna 1 ela kain jer untuk umur 6 bulan hingga umur 6 tahun. Itu kata yang buat pattern tu lah. Tapi bagi Lily, yang dia bagi tau ni betul kalau kita guna corak yang tak perlu disusun. Contohnya polkadot atau bunga2 kecik yang bertaburan. Kalau guna bunga yang perlu nampak tersusun dibaju bila dipakai, then kena 1.5 ela untuk umur 5 & 6 tahun.

Now, bahan2 yang diperlukan (hehehe macam memasak la pulak)
- 1 ela kain
- benang
- 2 butang. Cuma yang Lily guna ni snap button.

Memula kita print & potong pattern dulu, pastu barulah susun kat atas kain.




Pastu Lily lukiskan ke atas kain guna washable marker, pin kan kain dengan jarum peniti , pastu gunting.

Bersambung di sini

Wednesday, December 7, 2011

Handbag Organizer yang dah siap

Inilah hasil yang dah siap. Saiznya cukup untuk nak muatkan barang2 yang selalu berterabur kat dalam handbag, sampai susah nak carik ^_^.

Untuk yang lily buat ni, ada 6 poket di luar, 4 poket kat dalam & satu ruang besar.








- Posted from my IPhone

Saturday, December 3, 2011

Oopss tersasar target

Salam,
Ingatkan post kali ni nak share gambar purse organizer, tapi terlupa pulak nak ambik gambar. Ada kawan yang dah berkenan & beli. Nevermind, next time lily buat lagi lily tampal gambar kat sini, okay!

Anyway, ni last weekend punyer projek. Cloth panty liner....
Memang selesa sebenarnya pakai panty liner kalau compare dengan yang pakai buang tu. Jenis disposable memang rasa keras2 kertas. Pastu yang tak syoknyer, dia macam ada bau sket lah.

Ni yang lily jahit sendiri. Pattern dapat dari mana ya? Ntah, Lily pun dah lupa, yang pastinya somewhere dari forum kat internet. Dapat sewing pattern dia ni pun dah lama. Rasanya posting 2006 ke macam tu. Tapi cara jahitnya sangaaaaat simple. Kalau rasa2 nak cuba jahit sendiri, boleh email lily untuk dapatkan cara jahit & pola jahitannya. Nak beli yang dah siap pun boleh, Lily ada jual.

Yang lily buat ni dari designer cotton yang di beli dari SewMamaSew 2 tahun lepas. heheheeh Rasanya corak kain ni dah tak jual lagi dah. Tapi asalkan kiut, seronok jer nak jahit..yer tak? Untuk bahagian yang gebu kat tengah2 tu, lily guna cotton flannel. Ish memang selesa sungguh lah. Setakat ni, flannel yang boleh Lily recommend hanya yang diimport atau dibuat di US. Kenapa ya? Sebabnya, fabriknya tahan lasak. Pernah Lily try guna kain flannel yang murah, setakat RM5 ker macam tu semeter. Baru pakai lima enam kali, dah reput kain tu. Tak syok betul.

Untuk bahagian butang, bagi yang rajin bolehlah jahit butang yang comel. Yang Lily dah buat ni (macam dalam gambar) Lily guna snap button. Nak pasangkannya pun mudah. Guna Plier & sepit.
Inilah hasilnya........












Saturday, November 26, 2011

Intai-intai projek baru...

Salam,
Lately ni tak tau apasal. Memang kemaruk betul nak menjahit. Kat opis pun boleh terngiang2 bunyik mesin jahit. Sabor je laaa.

Since boleh work from home, apalagi time lunch pun potong2 kain yang memang dah aim nak buat handbag organizer.

Kain kali ni Lily guna designer quilt cotton. Nama designer, errr sorry tak ingak. Lily beli sebab tengah sale. USD5 jer satu ela.

Nak buat organizer ni kena pakai dalam 2 ela kain quilt cotton tu. 1 untuk focus fabric, 1 lagi untuk body dia.

Ni lah rupa dia lepas di potong. Tinggal nak jahit jer ni.... ^_^



- Posted from my IPhone

Friday, November 25, 2011

Projek RunAround bag dah siap

Haaa akhirnya! Siap jugak. Benda ni simple jer, cuma masa tu yg kena curi2. Almaklumlah, anak tengah suka mengacau, so dapat buat time dia tido je.

Inilah hasilnya....,








Ok, now moving to the next project. Handbag organizer!!

Monday, November 14, 2011

Fabrik Ikea & beg

Salam.
Baru-baru ni Lily berkesempatan membelek-belek kain di Ikea. Selama ni ke sana dengan angan2 jer especially part nak buat bag. Ye lah masa tu masih tercari2 idea lagi.

Hah, ternampak pulak fabrik ni. Cantik kan? SARALISA - Designed by Cilla Ramnek 2008. Lily beli 1 meter je. Pastu beli lagi semeter kain cotton hitam yang plain. Semua beli di Ikea je.

Sampai rumah - snip snip sini sana.

Apa bestnya jahit beg sendiri ni ya? Well, banyak bestnya benda yang custom made ni. Yang Lily suka part pocket. Sendiri boleh design nak poket jenis mana & banyak mana.

Okeh, ni lah hasil kerja yg separa siap tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...