Monday, July 29, 2013

Kiraan dan bayaran fidyah

Salam kepada semua
Posting kali ni lain sedikit. Ni nak cerita sikit pasal Fidyah. Maklumlah, jadi orang perempuan ni mau tak mau memang akan kena bayar puasa ganti. Kengkadang terlalai, kena lah extra denda kena bayar fidyah. 

Ok, memula Lily share dulu mana nak kira fidyah ni. Skang zaman teknologi kan. So boleh lah google atau klik link kat bawah ni ;

http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/

Kalkulator zakat ni sangat membantu. Bila guna kalkulator ni, kita dah boleh tau berapa nak kena bayar dah kan?

Soalan seterusnya, kat mana kita nak pergi bayar ni ? Kalau rajin, boleh lah pergi ke baitulmal atau pusat zakat. Haaaaaa pada yang tak rajin ? Senang je sebab skang fidyah boleh bayar online ^_^. 

okay, disini Lily listkan step by step macamana nak bayar fidyah melalui maybank2u.
1- Login http://maybank2u.com.my
2- Klik pada 'ACCOUNTS & BANKING'
3- Klik 'BILL PAYMENTS'
4- Klik 'Make a one off payment'
5- Klik pada 'Select from list', akan keluar satu list yang panjang. Pilih 'Zakat & Charity' dan klik 'continue'
6- Klik pada 'Select from list', akan keluar satu list yang panjang. Pilih ' Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP' dan klic 'continue'
7- Letak jumlat fidyah yg dikira tadi & pilih 'Type of Zakat' sebagai Fidyah.
8- Teruskan dengan ikut arahan di Maybank2U tu ^_^

Mudah saja kan? Hmm selanjur tu bayarlah zakat-zakat yang lain atau bersedeqah. Semoga diberkati Allah. 

Tutorial Sarung Bantal Sempoi IKEA

Salam kepada semua,
Posting kali ni Lily buat tutorial jahit sarung bantal paling sempoi. Khas untuk yang baru nak gatal2 menjahit 😜 . Yang penting, kalau nampak kain cotton cecantik tu, dah boleh beli & jahit sendiri. Lagi best tau !!! 😃

Okay, mari kita mulakan. Ukur pada kain - Panjang 70" & Lebar  20". Dan potong.

Ni Lily ambil ukuran dari sarung bantal IKEA. Dan nak buat sarung bantal guna kain IKEA yang dibeli dari koleksi fabrik kanak2.



Dah potong kain tu, boleh lah di jahit tepi atau bahasa omputihnyer serge. Kalau tak de serger, boleh hantar kat kedai jahit tepi. Kalau tak, jahit zig zag sahaja dengan mesin jahit biasa. Okay 😉. Nama pun nak jahit sarung bantal sempoi kan? So jangan susahkan hati.


Bila dah jahit tepi untuk semua penjuru, kita jahit pula setiap hujung ukuran memanjang tadi. Caranya , lipat 1/4" dua kali & jahit. Ikut urutan gambar kat bawah ni 😊.




Okay, bila dah selesai kita akan dapat kain yang berjahit lipat pada bahagian 20" & berjahit tepi pada bahagian 70".

Lipat 30.5" . Ada balance tu lipatkan ke dalam. Tengok sequence gambar ya 😀.




Haaa by this time, dah ada rupa sarung bantal dah. Apa lagi .... Jahit lah kan? Jahit di bahagian kawasan yg dah berjahit tepi tu tadi. Tengok gambar di bawah.


Dah siap jahit ?? 😃Okay, kita terbaliklan dia. Jeng jeng jeng !!!! Dah siap !!!

Friday, July 12, 2013

Tips Untuk Berat Benang

Salam Ramadhan Untuk Pembaca ^_^

Posting kali ni nak cerita pulak pasal berat benang. Yaaaaa, benang pun ada beratnya ^_^
Kat Malaysia ni, terus terang Lily cakap, tak pernah la pulak amoi kedai jahit tu tanya 'Mau pakai benang berapa berat? ' Jadi kemungkinan besar memang tak banyak kedai yang jual benang yang beratnya lain-lain.

Jadi, kalau nak beli benang dari oversea, kadang-kadang ada yang kategorikan benang mengikut berat.

Sebagai guideline, boleh guna list kat bawah ni.

12 wt - decorative stitching ( sulaman )
28 wt - hand stitching ( jahitan tangan )
40 wt - machine stitching ( jahitan mesin )
50 wt - detailed stitching

Wednesday, July 10, 2013

Tips untuk Jarum Mesin Jahit

Salam Ramadhan
Untuk post hari ini, Lily nak cerita sikit pasal jarum mesin jahit. Untuk yang selalu menjahit pelbagai jenis fabrik, mungkin senang nak ingat jarum jenis apa yang nak diguna, tapi bagi yang jarang2 menjahit, atau selalu jahit jenis fabrik yang sama sahaja, memang kalut juga lah bila nak beli jarum tu kan ^_^. Ada nombor2 pulak ya?

Okay, sebagai guideline boleh guna list yang Lily buat kat bawah ni. Pas ni tak yah garuk kepala ya.


 Needle Size 11 (for Silk/ Thin sheer fabric)
Needle Size 13 (for Cotton/ Universal type)
Needle Size 14 (for Cotton/ Universal type)
Needle Size 16 (for Curtain/ Medium thinkness fabric)
Needle Size 18 (for Jeans/ Heavy fabric)
Gold Needle (for Stretch/ Jersey fabric)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...