Wednesday, November 6, 2013

Aluminium Rings sudah restock!

Salam kepada pembaca,
Sesiapa yang tercari-cari aluminium ring untuk buat ring sling tu , haaaa, semua warna sudah sampai. Jadi cepat-cepatlah contact Lily ya untuk beli. Agak mengambil masa juga nak sampai dari US.

Tak tau menjahit? Tak apa. Beli ring sahaja, lepas tu guna kain panjang yang ada dirumah. Ya, kain batik lepas pun boleh. Hanya lilitkan pada 2 ring ni tadi.

Tuesday, August 20, 2013

Ring untuk buat Ring Sling

Ni ada yg baru restock
Warna metal Gold, Slate, Silver, Bronze
Harap maklum yang ring ni diimpot dari US & menepati piawaian untuk mengangkat benda berat. Ring ini juga solid & tiada senggat sambungan seperti yang terdapat di kebanyakan kedai.

Untuk pembelian , boleh whatsapp saya di 0122010911

1- Slate


2- Bronze


3- Silver

4- Gold

Monday, July 29, 2013

Kiraan dan bayaran fidyah

Salam kepada semua
Posting kali ni lain sedikit. Ni nak cerita sikit pasal Fidyah. Maklumlah, jadi orang perempuan ni mau tak mau memang akan kena bayar puasa ganti. Kengkadang terlalai, kena lah extra denda kena bayar fidyah. 

Ok, memula Lily share dulu mana nak kira fidyah ni. Skang zaman teknologi kan. So boleh lah google atau klik link kat bawah ni ;

http://www.e-zakat.com.my/kalkulator-zakat/fidyah/

Kalkulator zakat ni sangat membantu. Bila guna kalkulator ni, kita dah boleh tau berapa nak kena bayar dah kan?

Soalan seterusnya, kat mana kita nak pergi bayar ni ? Kalau rajin, boleh lah pergi ke baitulmal atau pusat zakat. Haaaaaa pada yang tak rajin ? Senang je sebab skang fidyah boleh bayar online ^_^. 

okay, disini Lily listkan step by step macamana nak bayar fidyah melalui maybank2u.
1- Login http://maybank2u.com.my
2- Klik pada 'ACCOUNTS & BANKING'
3- Klik 'BILL PAYMENTS'
4- Klik 'Make a one off payment'
5- Klik pada 'Select from list', akan keluar satu list yang panjang. Pilih 'Zakat & Charity' dan klik 'continue'
6- Klik pada 'Select from list', akan keluar satu list yang panjang. Pilih ' Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam WP' dan klic 'continue'
7- Letak jumlat fidyah yg dikira tadi & pilih 'Type of Zakat' sebagai Fidyah.
8- Teruskan dengan ikut arahan di Maybank2U tu ^_^

Mudah saja kan? Hmm selanjur tu bayarlah zakat-zakat yang lain atau bersedeqah. Semoga diberkati Allah. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...