Showing posts with label Girl Dress. Show all posts
Showing posts with label Girl Dress. Show all posts

Wednesday, March 7, 2012

Menjahit Janey Dress Bersama Lily








Salam Semua
Comel kan dress ni? Yang buat lagi menarik pasal ni untuk Lily adalah dia guna fabric yang minimal. Tak de nak kena jahit zip ke butang ke apa. memang sangat mudah, sesuai untuk beginners & juga expert sewist yang nak cepat. Dan masih agak mudah untuk kita play around dengan warna fabric.

Ok disini lily share sket resepinya:
Fabric - 1 meter (umur 6bulan - 2 tahun), 1.5 meter(umur 3 - 6 tahun)
Getah - dalam 1 meter. Kurang atau lebih bergantung pada saiz baju yang nak di buat.
Sewing Pattern - Sew Sweet Pattern, Janey Dress

Untuk project ni & untuk posting ni, Lily guna kain dari Moda fabric yang dibeli tahun lepas.



Selepas di potong mengikut pattern yang ada, kita akan ada 4 keping kain (atau bahagian). 2 untuk lengan, 1 front bodice & 1 back bodice.


Lepas tu boleh lah jahit tepi (mcam gambar dibawah). Atau kalau tak de mesin jahit tepi, just jahit zig zag pun boleh juga.



Lepas tu, apa lagi ^_^. Kita sambung2kan dia untuk jadi baju. Yeay.....

Janey dress ni, plain pun dah comel. So, Kalau rajin boleh tambahkan poket, applique sebagainya di bahagian depan , atau match kan ngan warna atau prints lain untuk bahagian lengan.  Memang menarik.

Perfect untuk weekend project.

Tak de masa nak jahit ? Boleh email saya untuk quotation - lilymadeit@gmail.com.
Hmmm gambar yang ari tu sneak peak untuk completed project.

Friday, February 24, 2012

Intai-intai Lily buat apa?

Hah! Yang ni apa pulak?

Jom jahit Kylie Dress Bersama Lily - Part 3

Salam,
Hah lama juga tak sambung citer pasal Kylie dress ni. Sebenornya bukan setakat 1 tapi adalah 6 Kylie dress ni yg dah disiapkan. Hehehe, ni gara2 mencari alasan nak beli kain lagi.



Friday, December 30, 2011

Jom Jahit Kylie dress bersama Lily- part 2

Salam,
Hmmm lama jugak ye tergendala projek yang satu ni. Partly sebab sibuk kerja gara2 ramai yang nak bercuti krismas. So minggu ni ada ruang sikit.

Ok, mari kita sambung lagi. Lily just follow instruction yang di bagi kat pattern tu. Ni cara nak buat skirt. But to make it simple, Lily jahit bahagian skirt jadi bentuk silinder macam tu. Pastu kat bahagian atas, buat bukaan sikit. Mcm gambar kat bawah ni:





Now, back to bodice dia. Again ikut jer instruction kat pattern tu. Jahit keliling & terbalikkan.




Lepas dah di terbalikkan patut jadi macam dlm gambar kat bawah ni. Tadaaaa, dah siap dah bodice.
Kalau rajin kan, top stitch keliling bodice.

Wednesday, December 14, 2011

Jom jahit Kylie Dress Bersama Lily - Part 1

Salam,
Post kali ni Lily nak menjahit Kylie Dress. Sewing patternnya boleh didapati dari SewSweet Pattern di Etsy. Tapi kalau kengkawan perlukan bantuan atau nak mintak Lily tolong belikan pun boleh. Lily sedia membantu. ^_^

Ok, untuk jahit Kylie dress kita boleh guna 1 ela kain jer untuk umur 6 bulan hingga umur 6 tahun. Itu kata yang buat pattern tu lah. Tapi bagi Lily, yang dia bagi tau ni betul kalau kita guna corak yang tak perlu disusun. Contohnya polkadot atau bunga2 kecik yang bertaburan. Kalau guna bunga yang perlu nampak tersusun dibaju bila dipakai, then kena 1.5 ela untuk umur 5 & 6 tahun.

Now, bahan2 yang diperlukan (hehehe macam memasak la pulak)
- 1 ela kain
- benang
- 2 butang. Cuma yang Lily guna ni snap button.

Memula kita print & potong pattern dulu, pastu barulah susun kat atas kain.




Pastu Lily lukiskan ke atas kain guna washable marker, pin kan kain dengan jarum peniti , pastu gunting.

Bersambung di sini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...