Tuesday, May 15, 2012

Borak-Borak Sewing Pattern: Macamana nak beli pdf printable pattern?

Salam Semua,
So untuk posting kali ni Lily nak cerita pula pasal PDF pattern (atau pola jahitan dalam bentuk PDF file). Sebelum lily bercerita panjang, ni adalah format yang paling lily gemari. Yang kertas pun akan lily convert jadi PDF. Dan sebab itu jugak dah penuh dah satu external harddisk tu untuk sewing pattern sahaja. muahahahah ni confession ni.

Ok enuff rambling.:

1) Apa yang kita kena consider bila nak beli PDF sewing pattern ya?
Pertama sekali... err kena rajin baca & tengok gambar listing. Biasanya PDF sewing pattern dijual di internet & kat listing tu kan ada snapshot gambar baju yang dah siap & snapshot gambar apa yang ada dalam PDF file tu nanti. Kadang-kadang tu dari gambar2 tersebut, boleh lah kita nampak yang sewing pattern tu dilukis tangan (hand-drawn) atau lukisan komputer. Tapi tak perlu bimbang, itu tak ada apa2 effect kat project jahitan pun ^_^

Lagi satu benda yang nak kena consider - Instruction dia. Ada sesetengah sewing pattern, dia tulis je arahan jahitan, pastu pandai2 la awak nak visualize kan apa yang dia suruh buat. Ada sesetangah instruction pulak, setiap step ada gambar. So, part ini ikut kehendak memasing. Ada setengah orang suka ilustrasi yang jelas.

2) Macamana Rupa Pattern tu? Saya nak kena bukak email ke?
Part buka email tu memang lah kena buka email, sebab kita nak tau fail PDF tu kat mana. Ada sesetengah seller, dia emailkan terus dengan invoice. Ada yang bagi link untuk awak download fail PDFtu. Dan ada yang bagi PDF fail tu direct ke email cuma ambil masa 1-2 hari selepas buat pembelian.

Jadi, bila dah tau yang mana satu - apa lagi tunggu. Kita download lah ^_^. Kalau mode tak nyabor, terus lah print. Tapi jangan lupa simpan one copy ke hard disk tau.

Ok, sampai sini saja posting kali ni. Next time, Insyaallah saya cerita pulak macamana nak print dan susun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...