Monday, July 29, 2013

Tutorial Sarung Bantal Sempoi IKEA

Salam kepada semua,
Posting kali ni Lily buat tutorial jahit sarung bantal paling sempoi. Khas untuk yang baru nak gatal2 menjahit 😜 . Yang penting, kalau nampak kain cotton cecantik tu, dah boleh beli & jahit sendiri. Lagi best tau !!! 😃

Okay, mari kita mulakan. Ukur pada kain - Panjang 70" & Lebar  20". Dan potong.

Ni Lily ambil ukuran dari sarung bantal IKEA. Dan nak buat sarung bantal guna kain IKEA yang dibeli dari koleksi fabrik kanak2.



Dah potong kain tu, boleh lah di jahit tepi atau bahasa omputihnyer serge. Kalau tak de serger, boleh hantar kat kedai jahit tepi. Kalau tak, jahit zig zag sahaja dengan mesin jahit biasa. Okay 😉. Nama pun nak jahit sarung bantal sempoi kan? So jangan susahkan hati.


Bila dah jahit tepi untuk semua penjuru, kita jahit pula setiap hujung ukuran memanjang tadi. Caranya , lipat 1/4" dua kali & jahit. Ikut urutan gambar kat bawah ni 😊.




Okay, bila dah selesai kita akan dapat kain yang berjahit lipat pada bahagian 20" & berjahit tepi pada bahagian 70".

Lipat 30.5" . Ada balance tu lipatkan ke dalam. Tengok sequence gambar ya 😀.




Haaa by this time, dah ada rupa sarung bantal dah. Apa lagi .... Jahit lah kan? Jahit di bahagian kawasan yg dah berjahit tepi tu tadi. Tengok gambar di bawah.


Dah siap jahit ?? 😃Okay, kita terbaliklan dia. Jeng jeng jeng !!!! Dah siap !!!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...